kilang produk jenama sendiri
Jenama Produk Anda
Jenama Produk Anda merupakan OEM factory Malaysia dan telah menjadi pilihan No.1 di Asia sebagai kilang produk jenama sendiri. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dan beroperasi di Rawang, Selangor, kami pakar dalam menghasilkan produk kosmetik, makanan tambahan, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan penjagaan badan. Lebih dari 500 produk berbentuk cecair, jeli, serbuk dan pil telah dihasilkan oleh kilang OEM kami.
Jenama Produk Anda
Video Korporat
Dilengkapi dengan lebih 20 buah mesin berteknologi tinggi, kilang OEM jenama sendiri kami mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 10,000 unit produk dalam tempoh satu hari.Kesemua produk yang dihasilkan adalah berdasarkan Good Manufacturing Practice (GMP) yang ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami juga mempunyai pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk kecantikkan dan makanan tambahan. Oleh itu, produk yang dikeluarkan oleh kilang OEM Jenama Produk Anda diiktiraf dan keselamatan produk juga terjamin.

Ahli kimia Jenama Produk Anda sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam perumusan produk yang dihasilkan oleh kilang produk jenama sendiri kami. Mereka akan mengawal kualiti produk dan memastikan kualiti produk terjamin untuk setiap produk yang dihasilkan oleh kilang produk jenama sendiri kami.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan membantu anda melakukan proses Penyelidikan & Pembangunan (R&D) untuk mendapatkan formula yang bersesuaian dengan produk jenama sendiri yang anda ingin miliki. Kemua bahanbahan yang kami gunakan untuk menghasilkan produk jenama sendiri anda dari kilang OEM kami adalah 100% dari bahan semula jadi dan tiada penyelidikan dilakukan ke atas haiwan.

kilang produk jenama sendiri
Kenapa Memilih
Jenama Produk Anda
KUALITI
Setiap Penghasilan Produk Melalui Pelbagai Pemeriksaan Sebelum Dikeluarkan
PRODUKTIVITI
Tenaga Kerja Yang Terlatih Dan Profesional Untuk Memastikan Setiap Produk Mencapai Piawaian
PENJENAMAAN
Proses Penjenamaan Dilakukan Dengan Teliti
KELENGKAPAN
Setiap Kelengkapan Kami Sentiasa Menepati Kehendak Semasa Industri
kilang oem jenama sendiri

​Kelebihan yang kami ada seperti pengalaman di dalam bidang marketing online /offline. Kami akan memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada pengasas yang baru mahupun yang sudah berjaya.​ Kami telah melahirkan ramai pengasas yg berjaya dan bergelar jutawan.​​

Dengan interaksi melalui komunikasi yang optimum dari kami serta pelbagai tips, pakej dan pelbagai lagi pilihan yang kami sediakan khas untuk anda.​ Tidak perlu takut dengan kegagalan kerana kami juga akan membantu anda untuk mencapai target yang anda inginkan.​ Kami bersedia untuk berkongsi pelbagai cara agar product branding OEM anda mencapai matlamat yang anda inginkan.​ Kami akan merealisasikan impian anda untuk menjadi usahawan yang berjaya dan yang bakal berjaya.​

Terima kasih kerana melihat kami dan terima kasih juga kerana memilih kami. Sokongan anda amat bermakna untuk kami.​

kilang oem
kilang oem
kilang oem
kilang produk jenama sendiri